Dalam sehari dua ini, sesiapa sahaja antara kita yang ketemu dengan Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said, harap minta dia ceritakan semula kisah penglipur laranya berjodol “naik kuda turun kuda.” Tanya juga kepadanya, sama ada dia menyaksikan babak-babak seorang tua mencucurkan air mata buaya kerana kononnya si tua itu sedang dilanda duka nestapa.Saya pasti Azalina akan terkejut monyet. Dia pasti akan jadi begitu kerana baru petang semalam dia bercerita mengenai kisah “naik kuda turun kuda” tersebut dengan penuh semangat yang meletus daripada roh dan jiwanya.Azalina pasti akan terkejut monyet kerana baru semalam juga dia menyaksikan babak-babak air mata buaya bercucuran!Jika Azalina tak mau bercerita mengenai kedua-dua kisah ini, beritahu dia bahawa ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya sudah tau mengenainya.Kalau Azalina tanya, dari mana kita tau mengenai kedua-dua kisah di atas, kita beritahu dia: “kami tau apa yang anda ceritakan kepada sekumpulan manusia pada petang 27 Mac 2008.”Sendainya Azalina terus mendesak kita mengenai hal berkenaan, beritahu dia bahawa kita tahu apa yang dia ceritakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang semalam. Dan, tanya dia lagi, betul atau tidak dia ada bercerita mengenai kisah “naik kuda turun kuda”?Akhir sekali kita bacakan kepada Azalina sekerat daripada posting blogger Ketua Perusuh seperti berikut:Bagi kes MB Terengganu, yang mana Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) bukanlah cuma Sultan bagi Negeri Terengganu Darul Iman, namun Bagindalah juga YDP Agong Malaysia. Oleh yang demikian, bagi tindakan menghina atau menderhaka, bolehlah dikenakan mana-mana satu daripada berikut:1. Hukuman Mati Mandatori2. Buang Negeri (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Pemerintah Negeri Terengganu)3. Buang Negara (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah YDP Agong Malaysia)Jika Azalina buat-buat tak faham mengapakah dia mesti mengetahui akan wujudnya hukuman-hukuman di atas, tanya dia semula, benar atau tidak semalam dia bercerita tentang kisah “naik kuda turun kuda” dalam konteks apa yang telah terjadi di Terengganu baru-baru ini? Kalau dia insaf akan hakikat ini, waspadalah!Buat orang tua yang mencucurkan air mata buaya petang semalam, kita harap dia juga baca keratan posting Ketua Perusuh seperti diatas. Dan, tanya juga kepada orang tua terrbabit, adakah hukuman-hukuman di atas yang akhirnya merobah pendirian banyak pihak sehingga YAB Ahmad Said diterima sebagai Menteri Besar Terengganu?
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!!! – Ruhanie Ahmad
Sekarang masanya ORANG-ORANG MELAYU bersatu.Jangan biarkan masa depan generasi kita tergadai dek kerana sikap tamak,rasuah,politiking dll sesetengah pihak.Mereka menjual sedikit demi sedikit hak-hak orang Melayu.
Wednesday, April 2, 2008
komen aku untuk paklah
1. Kulit lain hati lain - Saya merasa sungguh terkilan bila jangkaan awal beliau akan menjadi seorang PM yang terbaik akhirnya bukan terbaik tetapi terburuk sekali.sebagai seorang anak kepada Ulamak Kepala Batas yang termashur dan back ground pula dalam Pengajian Islam, amat sukar sekali untuk saya mempercayai bahawa pembawaan Pak Lah adalah seperti yang kita lihat pada hari ini.2. Kesilapan besarnya - Ialah memperkenalkan 'Islam Hadhari'. Sepatutnya beliau tidak perlu menimbulkan isu itu. Ia bukan sekadar membantu beliau tetapi merosakan lagi dirinya dan persepsi umat Islam di Malaysia.3. Hangat-hangat tahi ayam - Masih segar semasa beliau mula-mula berkuasa dimana tindakan yang mengejutkan apabila mendakwa Tan Sri Kasitah Gadam dan Tan Sri eric Chia. Selepas itu terus senyap tiada lagi tangkapan keatas 'Jerung' yang terlibat dengan rasuah. Disebaliknya keluarga dan kroninya dilihat mengamalkan amalan rasuah yang paling dahsyat diwaktu ini.4. Tidak percaya pada diri sendiri - Terlalu bergantung kepada orang lain dalam membuat sesuatu keputusan.5. Takut pada bayang Mahathir - Tidak dinafikan bayang-bayang Mahathir sentiasa mengikut dirinya sama ada dalam Parti mahupun dalam Kerajaan. Ini menjadikan dirinya dan kerajaannya tidak bermaya.6. Pengganti Endon - Yang lepas biarlah lepas. Kenapa tidak memilih pengganti seorang wanita Melayu yang ada nilai-nilai Agama dan budaya Melayu.7. Faktor KJ - Sepatutnya beliau yang mengawal KJ dan bukan KJ yang mengawal dirinya. Tidak salah jika KJ hendak membina kerjaya politiknya tetapi jangan libatkan PM. Berdiri dan berjalanlah dengan kaki sendiri.Walaubagaimanapun PM ada juga kebaikannya:1. Lebih bebas bersuara 2. Dasar pertaniannya banyak membantu orang Melayu menjadi pengusaha dan peniaga produk pertanian dan makanan.3. Kenaikan gaji kakitangan kerajaan yang tertingi dalam sejarah. Tetapi punah dan musnah sekelip mata apabila kenaikan harga barang yang semakin menjadi-jadi. Dimana kerajaan langsung tidak boleh berbuat apa-apa.
Delegasi Bekas Ahli Parlimen Akan Desak Abdullah Letak Jawatan?
PRU12 sudah berlalu. Taufan dan gelora yang mengiringi keputusannya kelihatan mula reda. Tetapi, arus bawahnya masih terus menggelegak. Keadaan ini dipercayai tidak akan tenang selagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi belum mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri secara berhemah, segera, aman dan sukarela.Lantaran itulah sentiasa terdapat usaha ke arah perletakan jawatan Abdullah. Hari ini, 2 April 2008, sekumpulan bekas Ahli Parlimen Malaysia, termasuklah sebilangan besar mantan menteri sejak era Tun Razak Hussein, berhimpun di Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, untuk mencapai keputusan mengirimkan satu delegasi menemui Abdullah dalam tempoh terdekat ini.Delegasi tersebut akan membawa mandat daripada kumpulan berkenaan yang meminta dan mendesak Abdullah mengosongkan jawatan Perdana Menteri dengan seberapa segera demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.Semalam, kira-kira 3,000 rakyat jelata, majoritinya ahli UMNO dari seluruh negara telah berpusu-pusu datang ke Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, untuk mengikuti Forum UMNO Pasca PRU12.Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan ucaptama di majlis berkenaan. Panelis forum pula terdiri daripada mantan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Baru Pahat, Datuk Dr. Fuad Zarkashi.Tun Mahathir dan seluruh anggota panel berpendapat, sekarang adalah masanya untuk mereformasikan UMNO secara ikhlas dan jujur. Usaha ini perlu dijalankan secara bijaksana dan bukannya atas dorongan emosi.Sementara itu, saya memohon jutaan maaf kepada para pengunjung blog ini kerana kebelakangan ini saya tidak mampu melayani setiap komen anda secara peribadi. Ini bukan kerana saya penat, lelah atau putus asa terhadap perkembangan mutakhir. Sebaliknya, kerana saya sedang menumpukan sepenuh tenaga dan minda untuk menjalankan kajian ringkas terhadap PRU12 bagi menyiapkan satu buku mengenainya.Secara umumnya, buku ini akan menjejakki Abdullah sejak hari pertama beliau jadi Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003, hinggalah ke hari beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sesudah PRU12 baru-baru ini.Anda yang sudi menyumbangkan idea kepada buku ini saya dahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih. Insya Allah, buku ini akan berada dalam pasaran selewat-lewatnya pada minggu ketiga bulan ini. – Ruhanie Ahmad
Subscribe to:
Comments (Atom)