Pilihanraya Kecik (PRK) Permatang Pauh, sekali lagi akan mengukur sejauh mana tahap kepolitikan ahlil politikus Malaysia a.k.a Melayu khususnya dalam menyedapkan tembolok masing-masing.Sehinggakan perihal masyarakat diketepikan.Maruah seseorang tidak penting lagi, malahan boleh diperkotak-katikkan untuk tujuan politikus perut sendiri yakni mereka-mereka yang mementingkan tembolok sendiri dengan berkereta mewah,berbini 4,berumah mewah.
DSAI (bUAYA) ingin sangat nak jadi PM,so dah tak kisah dah tentang perkara lain,sama ada isu rakyat ataupun isunya sendiri.Yang difikirkannya ialah nak jadi PM,nak jadi PM.Bukankah lebih baik DSAI yang nak sangat jadi PM tu berbakti kepada rakyat tanpa menjadi ahlil parlimen.Alasannya,nak lebih proaktif jika menjadi PM dan lebih bermanfaat dalam memperjuangkan nasib rakyat.Kononnya!!!!
Si UMNO (Serigala) pulak takhabis2 dengan Politik wangnya dan tuduhan skandal seks nya lah,tanpa memikirkan nasib rakyat dan manifesto PRU12.Apa yang UMNO dah buat selepas PRU12.Saya selaku rakyat yang telah membuang undi di PRU12 ari tu,teringin sangat nak berdebat dengan ahlil-ahlil UMNO yang taat pada ketua/presiden mereka tu untuk membincangkan isu berkaitan rakyat.Rakyat bukan nak dengar pun pasal isu liwat,isu politik wang,isu wilayah pembangunan (yang tak bawa apa-apa manfaat pada rakyat) tapi rakyat nak tahu bagaimana nasib mereka selepas hari ini,esok dan seterusnya!!!bagaimana nak menangani PENGANGGURAN(bukak universiti banyak2,tapi peluang pekerjaan tak ada-bila tak bayar loan kene saman-blacklist),MASALAH INFLASI,GEJALA SOSIAL yang semakin meningkat.
Sebab itulah saya gelarkan golongan2 ini sebagai buaya dengan serigala,dua2 tak berguna.Masing2 pentingkan tembolok sendiri.Saya bukanlah pengundi atau penyokong atas pagar,tetapi malu dengan bangsa lain yang lebih bersatu padu dalam memperjuangkan hak mereka.Kita?Melayu?Apa yang kita dapat selama ni?DEB?KONTRAK SOSIAL?Bila orang cabar melenting,tapi hakikatnya,Melayu yang jatuhkan Melayu sendiri.
P/S:-mAAF DAH LAMA TAK TULIS SEBAB SIBUK DENGAN TUGAS HARIAN,INSYAALLAH KALAU ADA PELUANG SAYA AKAN MENULIS KEMBALI.