Jika rakyat kata bahawa “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang paling bodoh mungkin keterlaluan dan dianggap kasar tetapi apa yang dikatakan oleh dia nampak tidak cerdik dan tidak pandai dan adalah tahap terakhir sebelum dikatakan bodoh, sehingga beberapa SMS yang dikirim dan beredar menyebut dia sebagai Abdullah Bodohwi dan bukan Abdullah Ahmad Badawi.
Kenapa dia tidak dikira sebagai orang bijak dan sebaliknya sudah sampai ke peringkat bodoh dan menunggu masa ke arah dipanggil nyanyuk, kerana berdasarkan kenyataan di atas yang hanya ikut sedap mulutnya. Tidak ke dia selaku Perdana Menteri tidak mengetahui bahawa Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, mengikut apa yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya yang bertulis:
Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua Agama Islam.
Maka untuk tujuan apa Abdullah Hj Ahmad untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong? Sekiranya apa yang berlaku sekarang di Terengganu selepas majlis menghadap itu maka dengan sendiri Yang Di Pertuan Agong sudah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja kenalah bermesyuarat untuk menggugurkannya.Abdullah Hj Ahmad sewajarnya mencari sebab musabab kenapa boleh berlaku insiden yang memalukan ini. Sudah beberapa kali ditulis dalam blog dan laman web oleh mereka yang mempunyai kebebasan akal dan fikiran akan perihal Abdullah Hj Ahmad ini bergantung akal fikiran dari anaknya Kamalludin dan menantunya Khariry Jamalludin. Itu sebab selaku ketua Parti, dia perlu mengambil iktibar bahawa cara menyelesaikan sebarang isu ialah dengan mencari puncanya.Majlis Pemangku Raja Terengganu yang dipengerusikan oleh seorang yang mempunyai hubungan darah dengan Sultan Mizan dan dibantu oleh orang yang berpengalaman termasuk bekas seorang Hakim, peratus kebodohan memang tidak ada, bila melantik seorang Ahli Dewan Negeri dari UMNO/Barisan Nasional menjadi Menteri Besar.Eloklah Abdullah Hj Ahmad dari sibuk mempertahankan Idris Jusuh kerana orang yang difikirkan oleh anaknya Kamalludin dan menantunya Khairy bahawa dengan Idris Jusuh maka terjaminlah semua kepentingan perniagaannya di Terengganu khasnya perniagaan Patrick Lim dan Kamulllah Moer Hassan.Pelantikan Ahmad Said menjadi Isu kerana dia tidak disokong oleh 23 orang Ahli Dewan Negeri yang dikurung oleh Idris Jusoh. Sekarang berpindah randah dari hotel ke hotel. Sewajarnya BPR dari pergi menyiasat Ahmad Said lebih baik pergi menyiasat semenjak isu MB Terengganu ini, hotel-hotel yang mereka tinggal siapa yang membayarnya?Kesimpulannya jelas membuktikan bahawa UMNO ini diperintah oleh orang dan bukannya organisasi atau Parti Politik. Jika UMNO atau Barisan Nasional yang memerintah maka dia terjadi seperti di Pulau Pinang di tahun 1990 bilamana Gerakan kalah teruk dengan DAP dan kerusi UMNO lebih banyak dari Gerakan, masa itu Perdana Menterinya bernama Dr Mahathir Mohamed menyerahkan juga jawatan Ketua Menteri kepada Gerakan kerana yang wujud adalah kerajaan Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment