UMNO Kedah Dan Pulau PinangDesak Abdullah Undurkan Diri
Majoriti bahagian UMNO di Kedah dan Pulau Pinang mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri daripada persada kekuasaan negara dan UMNO.Hasrat ini disampaikan oleh mereka kepada delegasi kepimpinan UMNO Malaysia yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam pertemuan tertutup di Kedah dan Pulau Pinang.Dalam pertemuan di Sungai Petani, 7 bahagian UMNO mendesak Abdullah meletakkan jawatan, 2 bahagian menyokong Abdullah terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri, 2 bahagian lagi berkecuali.Di Pulau Pinang, 9 bahagian mendesak Abdullah mengundurkan diri, 1 bahagian – Tanjung - berkecuali dan 3 bahagian lagi – Kepala Batas (Bahagian Abdullah), Bukit Mertajam dan Nibong Tebal - menyokong Abdullah terus memimpin negara.
Luahan Perasaan,
Najib menjelaskan, pertemuan Jawatankuasa Pengurusan parti dengan UMNO Kedah tersebut diadakan bagi membolehkan pemimpin bahagian meluahkan segala perasaan dan teguran untuk tujuan memulihkan semula parti..“Pada masa yang sama, pandangan serta teguran yang dibangkitkan oleh mereka itu boleh dikumpulkan sebagai kesimpulan dan seterusnya diangkat untuk pertimbangan parti,’’ katanya.Tegas Najib, beliau selaku Timbalan Presiden parti juga memberi jaminan akan memberikan pertimbangan ke atas segala cadangan tersebut untuk dilaksanakan sebaik mungkin.Dalam pada itu, beliau memberitahu, UMNO tidak akan mengambil tindakan sembarangan terhadap ahli-ahli parti hanya kerana mereka dituduh melakukan salah laku pada pilihan raya lalu.Bagaimanapun, tegasnya, tindakan tersebut akan diambil setelah perkara tersebut benar-benar terbukti dan telah dirujuk kepada pengurusan parti terlebih dahulu.“Kalau dalam soal salah laku semasa pilihan raya, mereka beri pandangan bahawa jangan sewenang- wenang ambil tindakan tanpa asas yang kukuh. Pertimbangan yang kita nak buat nanti, mestilah berdasarkan kepentingan parti pada keseluruhan,’’ jelasnya.Buru Pensabotaj?Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan masalah mensabotaj parti yang dilakukan oleh ahli UMNO pada pilihan raya umum lalu kepada Lembaga Disiplin parti untuk diambil tindakan.Menurut Abdullah, perbuatan sabotaj tersebut menyebabkan sebanyak 14 kerusi Parlimen dan 22 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini merupakan kawasan putih dan dijamin menang, turut terlepas ke tangan parti pembangkang.Laporan analisis UMNO menunjukkan kemungkinan wujud perbuatan mensabotaj dalam kalangan penyokong dan ahli BN sendiri antaranya di negeri Kedah, Perak dan Selangor yang berjaya ditawan oleh pembangkang.Komen: Apa yang tidak ditegaskan oleh Najib dalam berita di atas adalah: siapakah yang bertanggungjawab memutuskan calon-calon BN bagi PRU12.Bagaimanapun, adalah rahsia umum bahawa individu itu adalah Khairy Jamaluddin. Menjelang PRU12, dia telah menjelajah ke sekurang-kurangnya 39 bahagian di seluruh negara untuk memperkenalkan calon pilihannya.
No comments:
Post a Comment