Assalamualaikum W.B.T
Sudah 256 hari teman tak berceloteh dalam blog ni,teman sibuk sangat sambil membaca memerhatikan dan menilai suasana politik,ekonomi,sosial negara ni.So banyak yang teman nak ulas.Cumanya isu utama teman ialah,MUKTAMAR PAS yg akan berlangsung ni.
Erm...banyak yg akan berlaku semasa pemilihan tu nanti.kita tunggu jelah.Malaysia dah semakin babrok dengan politiking yang diketuai oleh melayu sendiri.Melayu-melayu ni sekarang tengah mabuk nak kuasa,bukan fikir pun org-org kat bawah.Baik mana parti pun sama je,kalau diorg betul ingin BEKERJA UNTUK RAKYAT,takdelah rancangan BERSAMAMU kat TV3 nun,BETUL TAK?atau liputan KARAM SINGH WALIA kat TV3 yg melaporkan tentang pihak-pihak berkenaan tak buat kerja!Dah masuk TV baru teregeh-hegeh nak ambil tindakan.pulak tu tunjuk muka kat tv,tak malu ke?
Dan yang pelik gak,menteri-menteri/exco kerajaan yang ada kat MALAYSIA ni pun pilihlah SETIUSAHA POLITIK/AKHBAR,PEMBANTU-PEMBANTU KHAS yang BERKALIBER dan BERINTEGRITI serta INTELLIGENT banyak(tak nak guna perkataan sikit) supaya diorang ni boleh buat kerja dengan bagus.Ini tak kekalahan orang-orang politik masa pilihanraya ni pun banyak juga disebabkan oleh kelemahan PEMBANTU-PEMBANTU ni ler.Tak pandai nak tepis isu,nak cari isu,nak jual nama YB-YB.
Kalaulah YB2 baca artikel aku ni,harap-harap diorang sedar.Tengok balik profile PEMBANTU-PEMBANTU YB tu.Adakah diorang menjadi LIABILITI atau BERGUNA buat anda.
Teman cakap macam ni sebab mmg dah ada berlaku PEMBANTU-PEMBANTU YB tak pandai buat kerja.tak payahlah nak harapkan YB2 24 jam bersengkang mata nak jaga perihal rakyat.Diorang pun bukan macam YB2 zaman aku kecik2 dulu,sanggup tinggal anak bini untuk berbakti pada rakyat walhal elaun tak ler sebanyak sekarang(tu yg berlumba-lumba nak jb YB) termasuklah org yang xde karakter dan educated pun jadi YB.CAKAP BAHASA MELAYU pun tak betul boleh jadi YB.U all pikir lah sendiri betul tak betul cakap aku.Janji calon YB tu pandai goreng,fitnah sikit-sikit,cerita buruk pasal orang boleh jadi YB.Ni yg dinamakan politik tak matang.orang kalau nak berpolitik mesti matang,cari isu,selesai isu jangan asyik nak cari salah orang,nak kutuk orang,apa diorang ingat diorang bagus gak ke?seelok-eloknya cermin diri dulu sebelum bercerita pasal orang,barulah seronok berpolitik kat negara ni.
Bila berdebat pun cerita pasal pembangunan bukan nak cari benda untuk aibkan orang lain.sedarlah
p/s:-dahlah untuk ari ni,esok tulis lagi.tak sabar tunggu pemilihan pucuk pimpinan PAS.
No comments:
Post a Comment